Jumaat, 30 Julai 2010

tuhanku....

Tuhanku,
Aku merasa kerdil berjalan di tanah mu ini,
Cintaku pada mu telah memalukan aku,
Aku sedang membaca sebuah novel,
Kemudiannya hatiku bergetar-getar ingin menangis,
Kisah pemuda yang sangat mencintaimu,
Dan kau telah anugerahkan dunia kepadanya

Tuhanku,
Jika watak itu benar-benar wujud,
Aku tak tahu dengan apa lagi,
Akan ku ungkapkan rasa malu ku,
aku yang sentiasa sahaja begini,
Tak pernah berusaha mengenal mu,
Tapi kau tetap sahaja,
Izinkan aku memijak bumi mu,
Aku yang tak pernah mencari mu,
Namun kau sering mengingati ku,

Penyesalanku tak terbutirkan,
Izinkan aku sujud kepada mu.

sms cinta

Disuatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yg lebih penting....-D...Dirimu atau nyawaku...dan aku menjawab nyawaku lebih penting....@dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan...Sad(...tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.....sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...tiada orng lain dalam hidupku dan tiada sesiapa lagi hanya kau seorng sahaja dalam hatiku...